featured.jpg

โš ๏ธ Warning: This post is over a year old, the information may be out of date.

๐Ÿ’ผ Status:
Benut Merdeka Night Fun Ride 2019

๐Ÿ“… | โฐ 1 minutes

Bismillahirohmanirrohim, pada beberapa hari yang lepas, saya telah berkesempatan menyertai satu acara kayuhan berbasikal “Benut Merdeka Night Fun Ride 2019” pada tarikh 30 Ogos 2019.

Aktiviti ini adalah kerjasama Benut Cycling Club (BCC), PIBG SK Sri Benut, PIBG SMK Parit Betak, Persatuan Belia 4B Pontian dan beberapa pihak yang lain lagi.

Jarak kayuhan adalah sejauh 25KM dan bertemakan “fun ride” (kayuhan santai). Antara tarikan aktiviti ini ialah tiada yuran pendaftaran (percuma) dan peserta berpeluang untuk mendapat hadiah cabutan bertuah.

Ini adalah aktiviti berbasikal pertama dibawah penganjuran yang rasmi yang pertama bagi diri saya. Ehem..maklumlah newbie lagi dalam arena berbasikal nih. Seronok dapat join event bergini.

Kayuhan malam ni mencabar juga lah sebab 60% melalui jalan utama tapi alhamdulillah ada marshall dan pihak polis yang pantau trafik dan jaga laluan yang kami lalui sepanjang aktiviti berlangsung. lagi 40% lalu kat laluan dalam kampung, jalan tarmac cuma ada lah lobang-lobang skit.

Para peserta juga nampaknya bukan kaleng-kaleng, hampir semua dah siap dengan meter, lampu depan-belakang dan blinker pada basikal masing-masing untuk kayuhan malam.

Check point pun padu! Makan minum semua cukup, takde lah kes ada yang tak dapat makan minum. Pisang pun ada boskur. Masa finishing pun siap jamu sup ayam panas-panas cicah roti lagi. Padu habis! Ngap je puas-puas, jangan malu-malu.

MTB, road bike, folding bike, fixie, fat bike, hybrid bike antara basikal yang aku nampak peserta duk pakai. Basikal tua dan basikal lajak takde plak nampak, sayang betul sebab kalu ada geng yang kayuh pakai basikal tu mesti lagi meriah..tee hehe..

Selesai kayuh, tibalah masa untuk tunggu cabutan bertuah tapi sayang nya aku tak bertuah untuk mendapat cabutan bertuah malam tu. Sedih beb :'(

Gitu lah ceritanya, ini je yang mampu aku catatkan buat kenangan bersama. Terima kasih lah semua, memang seronok kayuh macamni.

Semoga tahun depan ada buat lagi. Wassalam~

Posted by: Hugo

Edit

Have some thoughts, discussion or feedback on this post?

๐Ÿ’ฌย Send me an email

What is webmention? How to send interactions!

Below you can find all of webmention with this page. Which means, you also can mentioned this URL on any website that support WebMention. Have you written a response to this post? Let me know the URL:

Do you use a website that don't have WebMention capabilities? You can just use Comment Parade!