⚠️ Warning: This post is over a year old, the information may be out of date.

💼 Status:
Ringan tulang dan bantu-membantu lah sesama kita

📅 | ⏰ 6 minutes

Ringankan tulang dan hulurkan bantuan kepada saudara dan rakan-rakan seperjuangan walaupun di dalam sekecil-kecil perkara.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“Barangsiapa yang mempermudahkan seseorang dalam kesusahan, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat.”

– Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim

Pernah dengar orang kata nak “buat jahat (dosa) ni senang tapi nak buat baik (pahala) ni payah” tak? Bagi aku, aku tak pernah setuju dengan statement macamni sebab aku lebih prefer “nak masuk neraka ni senang tapi nak masuk syurga ni payah” which is adalah lebih tepat. Kalau fikir-fikir mendalam dua statement ni bersilang sesama sendiri…

Hmmm… Kalau buat pahala ni payah, tentu masuk syurga payah? Kalau buat dosa senang, maka senang masuk neraka? Apa yang beza sangat? Sifir logik apa tu my friends. Hal dosa pahala ni susah nak hintung, yang nilai dan nampak pun cuma yang Esa. apa yang kita boleh kira ialah apa Elak dosa dan buat pahala dan bukanya Jangan buat dosa, tambah pahala. Faham dok? Kalau dok faham lagi, bahasa senang dia jangan kira kira-kira dosa dan pahala. It about do it and prevent it. There is NO plus or minus, it not our jobs to measure it.

Kita ni semua anak-cucu-cicit nabi Adam A.S ni semua bukan keturunan binatang, so bila kita nampak saudara atau kawan yang di timpa musibah (dalam sedar atau tak sedar) janganlah kita tinggalkan dan biarkan dia.

“Perangai macam binantang”, ya binatang..makluk yang selalu kita duk compare bila seseorang itu takde sifat kemanusian tapi binatang ni aku puji bila dia ada pertalian ibu-anak. Si ibu akan jaga anak dia baik-baik dan bagi makan kenyang-kenyang anak-anak dia sebolehnya. Yang cliche nya si anak sulong, angah, ahcik dan bongsu tu berebut sesama sendiri pula. Ada yang khianat dengan menyepak dan menolak sesesama sendiri, mana yang saiz besor dan kuat tu biasanya champion lah. Ada sesetengah binatang, dia sanggup bunuh adik-beradik untuk conquer everything. Yang worst, dia jadi “cerdik” sikit.. dia ngap banyak-banyak dan tak bagi sedikit pun kat lain. Borak pasal ni teringat channel National Geographic (Feveret jugak lah)

Bergitu lah juga kebanyakkan kita (manusia), kadang kita sibuk uruskan diri, bini, laki, anak-anak tapi dalam sedar atau tak sedar mak bapak / saudara / sahabat kita kelaparan, kesejukan, keresahan, kesakitan, kesesatan… apa kita buat? Jadi macam binatang ke? Ramai yang ignore je. Ada banyak kali, kita duk fikir mende remeh-temeh:

  • “eh..nanti la tolong. Busy nih” ,
  • “aku pun sesak gak, cukup utk aku je (walhal ada simpanan lain kat bank)”
  • “Nak bantu tapi nanti bini/gf/scandal aku cakap apa pulak” (spesis tanggang)
  • “Dulu dia jahat, padam muka dia”
  • “Aku pernah tolong dia, dia tak pernah tolong aku”
  • “Dulu pernah dah tolong dia ni tapi dia tak reti nak balas jasa”
  • “Nanti orang lain akan tolong”
  • “Usaha lah sikit, takkan nak nak minta-minta je” (Dato Vida)

Sedih! Dah la tak tolong, siap bagi hinaan dan rendahkan maruah lagi (dia ingat tu nasihat). Sekarang ada nih trend baru, buat je 1 atau 2 kebaikan dan hebah kan diseluruh dunia duk kejor popularity, nak jadi influencer. To me, aku faham je kalau setakat nak post kat blog, wall atau timeline sendiri untuk tujuan mengajak berbuat baik tapi kalau diri sendiri tu pergi share, tag dan advertise (ni paling gila, ada sekor dua menteri buat macamnih).. hmm aku rasa wayar fius korang ni dah out. Tak malu ke? Niat dan keikhlasan kau tu orang dah boleh hidu. Yang tak boleh blah, siap upah profesional camera/video-man dan contact wartawan untuk buat PC (Press Conference) sebelum dan semasa kebajikan dibuat. Oh no! Pepatah melayu ada mengatakan "Masuk bakul, angkat sendiri". Mostly geng macam ni diorang tak sedar yang maruah orang si penerima kebajikan tu tercalar. Lain lah kalau awak tu dari TV3 ke apa, sesuai lah utk rancangan berbentuk CSR.

Now you see it? Buat kebaikan, sedekah, bantu sana-sini tapi pakej dosa pulak yang berbondong-bondong auto-datang. Especially zaman sosia-media ni, mudah nak like, share, react dan reach! Juta-juta engagement boleh dapat dalam sekelip mata. Bermusim plak tu, dulu entah mana dia sembunyi dalam gua. Paling obvious bila kabinet nak bersembang eh..bersidang atau nak PRK / PRU. Hah! Muncul la sorang demi sorang.. yang duk KL pun, tetiba terpacak kat Sabah.

Aku sendiri pernah jadi golongan di atas tu juga, susah weh nak sedar. Orang terengganu cakap “laqho”. Sorang pun tak tegur aku, mujur aku sedar awal. Tu pun aku bayar “tiket mahal” iaitu pengalaman. Ya aku sedar bila aku susah dan hina. Banyak situasi aku rasa dah. Alam sukan, kerja, belajar, merantau dan berniaga. Aku dah rasa perit dia, siapa je nak tolong aku. Adik beradik pun tak bantu, lecturer yang kau bangga pun tutup telinga-mata, kawan-kawan sekerja plak siap buat lawak dan mengejek atas kesusahan kau, minta tolong kerajaan pula dia suruh isi borang itu-ini, jumpa dia-dia dan kene tunggu..lepas tu diam tanpa khabar. Saat ni lah hati kau luka, nasib luka tu sembuh tapi dia tinggalkan parut dan parut tu la buat aku sedar, berhati-hati dan berjaga-jaga.

Sebelum ada yang terasa hati, aku tahu ada je yang bantu aku dalam diam, contoh waktu aku hampir nak repeat semester kali ke dua. Ada lecturer dan hamba Allah ni backup dan bantu aku dalam diam. (dengar cerita, waktu tu ada some lecturer vote nak failkan aku haha.. aku dulu jahat perangai weh, dalam otak aku nak je dedahkan je siapa buat FYP pakai bantuan dan upah, tak siap tapi lulus. Heh..biar kita susah sama-sama. Biar semua kene audit. Cis jahat perangai aku, mujur menda tu tak jadi). Gitu la Allah nak didik kita, bila kita sedar orang bantu kita, kita akan cuba ikot untuk bantu yang lain juga akhirnya. Yelah, bersyukurlah. Somehow kau nampak tak? Sebabkan kebaikan seseorang, aku tak buat kejahatan tu yang aku boleh buat tu. Ish ishhh…

Kalau kau nampak orang susah depan mata, kau cuba lah bantu walaupun sedikit je yang kau mampu. Ringankan lah beban dia dan jangan lah kau berharap-harap pada dia (manusia). Ikhlaskan lah hati dan kuatkanlah ehsan tu.

Ada kala, Allah lalu / jodoh / jumpa kan kita dengan mereka orang yang perlukan bantuan ni dalam kehidupan realiti dan dunia maya kita untuk ujian kita. Tapi itulah, kadang kita tak sedar mana satu rezeki dan mana satu ujian…

Dunia yang canggih ni, kita akan jumpa penyagak dan penipu yang ambil kesempatan atas kebaikan orang, kita biasanya lebel kan geng nih sebagai “scammer / makan harta haram”. Well, orang macamni kau pandai detect kan? Kan? Senang la kerja sebab kau dah professional detect scammer, so obviously jangan la pergi buat beri bantuan pada orang yang salah. Kalau kau tak pandai nak detect, kau cuba lah buat sedikit selidik diam-diam, tapi jangan lama sangat lah, mana tahu dia memang susah dan dah 3 hari tak makan. Kau plak sibuk nak selidik sampai sebulan. Bodo betul mung ni.. Kalau tertipu juga, nak buat macam mana lagi sayang weh semoga Tuhan bagi balasan setimpal pada pengkhianat ni dan sedarkan mereka dari kesilapan mereka.

Akhir sekali, kau janganlah kondem kebaikan orang je. Itu tak kena, ni tak kena. Kau last sedekah pun 2 tahun lepas..

Musim PKP / Lockdown ni, ayuhlah kita bantu saudara dan sahabat kita tanpa harapkan balasan apa-apa. Semoga Allah memberkati usaha tuan-puan. Jaga maruah diorg baik-baik.

Cuba fikir apa yang kita panggil “rezeki” yang ada kat diri tu sebenarnya “rezeki” atau “ujian”? Cuba renung-renungkan.

Wassalam


P/s: Oh ya, kalau kau dengar “Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah” yang tu betul. Bukan hoax!

Posted by: Hugo

Edit

Have some thoughts, discussion or feedback on this post?

💬 Send me an email

What is webmention? How to send interactions!

Below you can find all of webmention with this page. Which means, you also can mentioned this URL on any website that support WebMention. Have you written a response to this post? Let me know the URL:

Do you use a website that don't have WebMention capabilities? You can just use Comment Parade!