โš ๏ธ Warning: This post is over a year old, the information may be out of date.

๐Ÿ’ผ Status:
Alhamdullillah, aku lulus peperiksaan radio amatur secara atas talian (ORAE) kelas B

๐Ÿ“… | โฐ 4 minutes

Bismillahirahmanirahim. Alhamdullillah syukur kepada Allah dan terima kasih kepada rakan-rakan, XYL dan mereka yang telah membantu saya secara langsung atau tak langsung dalam dunia radio amatur, akhirnya setelah 15 tahun duk menangguh nak ambil lesen radio amatur, akhirnya tercapai juga cita-cita pada hujung tahun 2022.

Lulus ORAE kelas B
Alhamdulillah semua SWL lulus dalam ORAE kelas B | Kredit gambar: 9W6ZAT

Saya dan 2 lagi rakan SWL saya mengambil Peperiksaan Radio Amatur Secara Atas Talian (ORAE) di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Taman Cempaka, Johor Bahru pada 21 Disember 2022.

Seperti yang di war-warkan oleh MARTS pada tahun 2021 akan ada perubahan besar iaitu lesen radio amatur akan di pecahan daripada 2 (kelas A dan B) kepada 3 (kelas A, B dan C) dan SKMM telah memberikan makluman akan melaksanakan pecahan ini pada tahun 2023.

Oleh itu, saya telah mengambil inisiatif sendiri dengan membuat secara “rambo” iaitu pada 24/11/2022 dengan muka tak malu saya menubuhkan satu group rahsia di kalangan kami (ahli JOSRAC Batu Pahat) yang masih belum mempunyai lesen radio amatur, saya pakat add je diorg masuk group.Saya bantu sediakan maklumat, nota, quiz dan latihan soalan untuk kegunaan kami bersama. Group ni pun di monitor oleh 9W (tu pun saya pakat add je. keh keh), so dengan adanya 9W, dia boleh la bagi tips, nasihat, teguran dan lain-lain.

Perancangan dibuat dengan seteliti yang mungkin kerana saya aware kebiasaan nya cuma 5 seat sahaja yang dibuka untuk menduduki peperiksaan ORAE, maka kebiasaanya calon perlu berebut sesama sendiri untuk mendapatkan slot, which is actually ini dah attempt saya kali ke-3 pada tahun 2022. Namun nak dijadikan nasib dan tuah, SKMM telah membuka 10 seats untuk sesi peperiksaan ini dan kami bertiga berjaya seat untuk ORAE.

Nak pendekkan cerita, pang pung pang… kami bertiga berjaya lulus dalam peperiksaan ini, saya dan geng berjaya mendapat lesen radio amatur kelas B. Ini bermaknya kami adalah antara batch barisan terakhir untuk skim lesen radio amatur kelas A dan B sebelum perubahan yang hendak dilaksana pada tahun 2023. Maka, tak perlulah kami untuk ambil lesen C dahulu dan menjimatkan masa dan kos untuk mengambil peperiksaan kelas B pula. Alhamdulilah atas rezeki ini.

Setelah seminggu habis ujian, barulah pihak SKMM menghantar email mengenai keputusan dan langkah seterusnya.

From: Muhammad Hafiz Zaini <[email protected]>
To: "[email protected]" <[email protected]>
CC: JSO RMM <[email protected]>, Fahrulrazi Hashim <[email protected]>

Subject: KEPUTUSAN PEPERIKSAAN RADIO AMATUR SECARA ATAS TALIAN (ORAE) SESI 2022 - 128 (21 DISEMBER 2022)

Assalamualaikum w.b.t. & Selamat Sejahtera.

Tuan,

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.

2. Sukacita  dimaklumkan bahawa Keputusan Peperiksaan Radio Amatur
Secara Atas Talian(ORAE) Tuan Sesi 2022 - 128 yang telah dijalankan
pada 21 Disember 2022 di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi)
Taman Cempaka, Johor Bahru adalah LULUS.

3. Selanjutnya, calon perlu membuat permohonan callsign dan memiliki 
sijil penguntukan radas (AA) yang sah sebelum mengendalikan peralatan
radio di jaluran yang dibenarkan.

4. Bagi permohonan callsign, pihak Tuan perlu mengisi dan melengkapkan
keperluan dokumen seperti dibawah:

    1. Borang permohonan
    2. Salinan IC
    3. Salinan Keputusan Rasmi ORAE
    4. Surat Akuan Bersumpah
    5. Borang tandatangan pemegang lesen radio amatur kelas A
    6. Borang Callsign
    7. Wang proses RM60 (Notis pembayaran akan dikeluarkan setelah permohonan diproses)

5.  Keputusan rasmi peperiksaan akan dikeluarkan selepas tujuh (7) hari 
waktu bekerja dari tarikh peperiksaan. Semakan keputusan boleh dilakukan 
melalui portal https://sems.skmm.gov.my.

6. Permohonan callsign boleh dihantar melalui emel [email protected] 
dan akan diproses di Ibu Pejabat MCMC, Cyberjaya.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi pegawai berikut:

    Cik Nursyaza Aluai
    Timbalan Pengarah
    MCMC Cyberjaya
    03-8688 8330
    [email protected]

Terima kasih.

Best regards,

Muhammad Hafiz Zaini
Assistant Director, Johor State Office
State Transformation and Coordination Division
07-208 7616 / 016-237 6400
[email protected]

Tanpa membuang masa, saya terus mengisi borang-borang tersebut dan memandangkan saya tinggal di daerah Pontian, saya bertanyakan soalan kepada geng UKDP (Unit Kelana D Pontian) sekiranya ada 9M untuk dihubungi bertujuan untuk mendapatkan tandatangan memandangkan kawasan tempat tinggal saya ialah di bawah daerah Pontian, Johor tapi malangnya tiada ๐Ÿ˜ข

Nasib baik lah, sahabat saya iaitu 9W6ZAT membantu kami untuk bertemu dengan 9M2ZAM dan 9M2TUT di Batu Pahat, Johor untuk mendapatkan tandatangan mereka pada 28/12/2022.

Lepas je solat mahgrib, aku dah berangkat ke rumah 9W6ZAT dan bertemu dengan rakan yang lain. Alright, First kami akan berjumpa dengan 9M2ZAM (Prof. MADYA Dr. Khairun Nidzam Bin Ramli), beliau ialah seorang tenaga pengajar di Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, UTHM. Perjumpaan secara santai sahaja di sebuah kedai makan berhampiran dengan rumah beliau.

Eyeball bersama 9M2ZAM (berbaju biru dan memakai cermin mata)

Kemudian selepas itu, kami bertemu dan menziarahi dengan 9M2TUT (Abd Rahman Bin Abdul Rahim) pula di rumahnya. Beliau sedang berehat disebabkan kemalangan sehari sebelum perjumpaan dan patah tulang rusuk. Alhamdulilah, beliau masih dalam keadaan baik sewaktu sesi pertemuan. Kami berbincang-bincang dan beliau memberi nasihat yang baik kepada kami especially mengenai pemilihan callsign dan CW (kod morse).

9M2TUT sedang menurunkan tandatangan untuk borang AA kami

Sembang punya sembang, last-last dekat 2 pagi baru lah kami bersurai di rumah beliau. Tak cukup dengan tu, kami continue sambung borak-borak di kedai mamak pulak. Haha, pukul berapa entah aku balik rumah.

Esok harinya, aku ke bandar Pontian untuk bertemu pesuruhjaya sumpah dan memohon tandatangan untuk surat akuan sumpah. Caj nya cuma RM5 sahaja. Lusa aku terus submit ke SKMM untuk di proses.

So far, belum dapat apa-apa panggilan atau emel dari SKMM untuk notis pembayaran RM60 dan pengesahan callsign. Tunggu je lah..

Apa-apa pun sampai disini sahaja dahulu. Tahniah buat SWL lain yang berjaya dalam ORAE dan buat yang tak berjaya tu, jangan give-up. Jangan lupa untuk berdoa dan berusaha lagi. Lagi pun sesi ORAE kelas C tahun depan sepatutnya lebih mudah berbanding yang sekarang.

Saya berharap dengan adanya perubahan ini, akan membuka peluang kepada lebih ramai orang untuk mengambil peperiksaan radio amatur dan memperkukuhkan lagi keupayaan radio amatur di Malaysia.

Akhir kata, terima kasih semua, nak petik nama sorang-sorang pun aku tak kenal lagi callsign masing-masing. Cukuplah dengan kamu faham aku berterima kasih dengan kamu semua. Haha.

Wassalam ~

Posted by: Robbi Nespu

Edit

Have some thoughts, discussion or feedback on this post?

๐Ÿ’ฌย Send me an email

What is webmention? How to send interactions!

Below you can find all of webmention with this page. Which means, you also can mentioned this URL on any website that support WebMention. Have you written a response to this post? Let me know the URL:

Do you use a website that don't have WebMention capabilities? You can just use Comment Parade!




robbinespu avatar

robbinespu

@m0skm thanks. Still waiting for my callsign approval and later on I can fully enjoy the radio ????