โš ๏ธ Warning: This post is over a year old, the information may be out of date.

๐Ÿ’ผ Status:
Kecewa dengan proses permohonan callsign dan sijil penguntukan radas (AA) dengan SKMM

๐Ÿ“… | โฐ 2 minutes

Rasa terkilan dan kecewa dengan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) sebab terlalu perlahan, dan masih manual dalam proses permohonan untuk AA (Apparatus Assignment / penguntukan radas).


21 Disember 2022 - Ambil ORAE dan lulus

27 Disember 2022 - Keputusan melalui email

30 Disember 2022 - Hantar permohonan callsign dan AA

06 Disember 2022 - Follow-up (No response + bounce email sebab email mereka dah "Quota Exceeded")

13 Januari 2023 - Follow-up

16 Januari 2023 - Dapat response daripada Cik Nursyaza Aluai tapi just maklumkan yang permohonan saya diserahkan kepada En Alias

18 Januari 2023 - Di hubungi En Alias untuk notis "Application Fee" berjumlah RM60

19 Januari 2023 - Pembayaran dibuat dan di maklumkan memlalui email dengan En Alias

24 Januari 2023 - Follow-up (dah mula kecewa sebab callsign yang di idam-idam kan telah disambar oleh orang lain)

Bagi aku, hal ini tak patut terjadi sebab aku dah buat bayaran terlebih dahulu dengan mengikut arahan yang diberikan.

Lepas tu, kalau callsign aku minat tak available sewaktu dalam proses, atleast inform lah, ye dop? Tapi aku tak suka cara ni. Better SKMM / MCMC wujudkan sistem “booking and tracking” callsign pilihan dalam tempoh edah tertentu bermula dari tarikh hantar permohonan.

Aku faham je ada beratus atau maybe beribu orang dia nak proses, tapi itu masalah dia lah. Bukan masalah aku. Ibarat pergi kedai makan, kau order satey dan dia terima order then 20 minit lepas tu dia datang cakap “bang, satey banyak nk proses ni pastu kami tak dapat nak bagi satey kat abg, sebab dah habis”. WTF.

Entah la.. apa nak jadi agaknya, geram juga sebab dah dekat sebulan diorang duk proses, ni kalau aku tak follow-up. Mau dia peram kot. Sebab member aku yang 9M dan 9W pun ada isu dengan SKMM waktu nak renew lesen, ada kes since bulan 10 tahun lepas belum setel lagi. Hermm.. buat kerja tak ni?

Melepas peluang aku nak pegang callsign yang senang aku nak pakai bila mode CW.

Tak ada rezeki dan tak ada jodoh la ni kan?

Posted by: Robbi Nespu

Edit

Have some thoughts, discussion or feedback on this post?

๐Ÿ’ฌย Send me an email

What is webmention? How to send interactions!

Below you can find all of webmention with this page. Which means, you also can mentioned this URL on any website that support WebMention. Have you written a response to this post? Let me know the URL:

Do you use a website that don't have WebMention capabilities? You can just use Comment Parade!