๐ผ Status:
Mendaftar sebagai ahli ROIPMARS
๐ | โฐ 2 minutes
Assalamualaikum dan selamat malam sahabat.
Lama dah duk fikir dan memendam keinginan nak join ROIPMARS
atau nama panjang dia PERSATUAN PEMINAT RADIO KOMUNIKASI (RoIP) PPM-006-10-01062020
. Even waktu masih belum memegang callsign, pendek kata waktu berstatus SWL
(Short Wave Listener) dah pun plan nk join ROIPMARS ni.
Tapi duk pending.. Macam biasa faktornya tak lain tak bukan ialah kewangan dan menilai adakah berbaloi atau tidak.
Aku mula melangkah dalam dunia radio amatur ni dengan Radio Over Internet Protocol (ROIP
) aka networking radio. Platform yang aku peberet gunakan ialah Zello
. So subjek ROIP
ni memang sangat related.
Aku guna zello
sebab ia mudah, tak perlu beli rig dan antenna macam UHF
/VHF
/HF
punya setup. Untuk permulaan, telefon android cabuk cap ayam pun dah boleh guna. Kalau nak melabur boleh la beli POC
iaitu telefon android yang ada butang PTT macam walkie-talkie.
Lama jugalah aku jadi pendengar di channel-channel Zello. especially jika ada acara NET. Di sini lah aku belajar komunikasi HAM, kadang tu kalau bertuah ada yang buat perkongsian ilmu HAM atau ilmu lain yang bermanfaat. Berbalik pada ROIPMARS
, dia punya linking connection tu bersambung dengan banyak plaftorm dan komuniti melalui gateway gais.
Waktu berada di channel-channel Zello, banyak perbualan QSO yang rekomen untuk join ROIPMARS. Tambahan pula melalui ROIPMARS lah selalu ada aktiviti NET dan aku rasakan ini ialah persatuan yang aku boleh katakan hampir sempurna, tersusun dan teratur.
Bukan cover semenanjung Malaysia sahaja, Malaysia timur, Indonesia, Brunei dan lain-lain negara jiran pun ada join bila ada aktiviti ROIPMARS
ni untuk bergabung.
Diorang Ada buat AGM, ada pelembagaan, kelab yang berdaftar, menyediakan platform yang luas, ahli-ahli tertinggi yang mesra alam, ada website yang futuristik / kemas dan lain lain.
Nak cerita banyak pun, aku belum jadi ahli berdaftar, aku rasa banyak lagi kelebihan yang ada dan lebih daripada aku ceritakan di atas ni.
Sebagai tanda aku menyokong persatuan komuniti, hari ini aku submit pendaftaran secara rasmi nya.
Yuran yang di kenakan adalah sebanyak RM80 iaitu yuran pendaftaran sebanyak RM50 dan yuran tahunan RM30. Aku register pun hujung bulan 11 ni, tak sure hayat dia di kira by tahun atau by bulanan atau by harian.
Kalau dalam pengakap, yuran dikira tahunan, walaupun daftar tengah tahun. So bila je masuk tahun depan, kira expired. Tu la suck nya pengurusan pendaftaran pengakap ni. So hopefully aku punya keahlian ROIPMARS
expired hujung tahun depan la, bukan bulan 1 tahun depan ๐
Sekiranya tuan/puan juga berminat nak pendaftar, boleh lah singgah ke laman rasmi meraka iaitu www.roipmars.org.my , kalau belum kemampuan atau masih ragu boleh je join lepak masuk dalam platform mereka, tak di kenakan apa-apa bayaran. Malah di galak untuk join dan memeriahkan lagi. Lagi ramai lagi seronok.
Marilah kita bersama-sama mengeratkan hubungan siraturahim antara penggiat dan peminat radio komunikasi seluruh dunia. Bak slogan kata mereka
‘JIKA BUKAN KITA SIAPA LAGI, JIKA BUKAN SEKARANG BILA LAGI’
Posted by: Hugo