๐Ÿ’ผ Status:
Sesi eyeball bersama 9W2JFC dan 9W2OBP

๐Ÿ“… | โฐ 2 minutes

Daripada kiri: 9W2JFC, 9W2OBP dan 9W2NSP

Pada 13 November 2023 lepas, aku berkesempatan untuk berjumpa dengan 9W2JFC (SAHRIZAL BIN SUNARI) dan 9W2OBP (SAZALI BIN SUNARI). Sebab hujung bulan 10 hari tu aku baru je terima kad keahlian pengakap untuk Pasukan Kelana Komunikasi Negeri Johor (JOSRAC) - M.10187 atau juga dikenali sebagai KELKOM atau Johor Scout Amateur Radio Crew .

Kad keahlian ni aku terus terang cakap, memang sangat lewat di terima. Malas nak komen sangat sebab ada yang butthurt, merajuk dan bergaduh laki bini wehh. Sebab hari tu aku ada tanya status, diorg punya huru hara sampai pergi stalk profileaku kat facebook, screenshot profile pastu pergi tanya orang lain siapa aku ni. Nih kalau Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor iaitu Tuan Bardin tahu anak buah dia buat kerja macamni, aku rasak masak la diorang. Cara diorang pun penakut, kalau berani contact la aku direct, lagi pun aku tanya je. Memang betul nk masuk hujung tahun kan ๐Ÿ˜‚

Nak pendek cerita, aku ni sukarela je bantu daftarkan keahlian (sebab orang lain pasif sangat atau tak berani sangat ke depan) so aku perlulah process sampai terima dan di serahkan pada pemilik kad tersebut. Aku bukan pegang apa-apa jawatan dan ada niat lain pun, aku nak kita satu crew ni jadi ahli berdaftar.

Alhamdulillah terima juga walau ada drama-drama dan dah nak habis tahun 2023 (better daripada tak terima langsung). Kad-kad ni aku serah pada 9W6ZAT untuk bantu aku buat serahan (sebab aku bukan ada kat Malaysia selalu) dan cuma sebahagian kecil aku ambil untuk aku sampaikan sendiri sebab berdekatan seperti 9W2OBP dan 9W2JFC.

So aku contact la 9W2JFC untuk berjumpa dan serahkan kad dia dan adik dia sekali. Kitaorang berjumpa di Simpang Renggam, dekat je dengan base station OT-XYL aku. Aku cakap kat wife nak jumpa kejap je, hehe.. sekali meleret sampai lewat petang. Siap singgah rumah 9W2OBP.

Waktu kat rumah 9W2OBP, WX tak berpihak pada aku. Hujan sangat kuat dan lebat. Petir berdentam-dentum dah macam apa daa.. Harmonic aku kat rumah base station OT-XYL pula sibuk duk call nk jumpa aku. Yelah.. dalam seminggu cuma 2 hari je dia jumpa papa dia. So aku tak duduk lama kat base station 9W2OBP dan 9W2JFC.

Tak sempat panas punggung, aku dah minta izin untuk beredar meredah kepekatan hujan dan kilat. Gitu la rutin aku, weekend memamng priority aku pada family. Yang lain aku selit-selit sahaja. Teringin nak lepak lama tapi, hari pun lewat dan keluarga ialah keutamaan. Ada peluang boleh jumpa lagi, rumah pun dah kenal.

73 de 9W2NSP!

Posted by: Hugo

Edit

Have some thoughts, discussion or feedback on this post?

๐Ÿ’ฌย Send me an email

What is webmention? How to send interactions!

Below you can find all of webmention with this page. Which means, you also can mentioned this URL on any website that support WebMention. Have you written a response to this post? Let me know the URL:

Do you use a website that don't have WebMention capabilities? You can just use Comment Parade!