โ ๏ธ Warning: This post is over a year old, the information may be out of date.
๐ KURSUS PRE SKIPPER BASIC (PENGAKAP LAUT)
๐ | โฐ 4 minutes
ToC
Pengenalan
Assalamualaikum wbt dan salam pengakap, dahulu saya pernah post satu artikel posting kursus manikayu pengenalan dan kali ini saya akan kongsikan pengalaman mengikuti kursus anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) iaitu Kursus Pre-Skipper Basic Online (Pengakap Laut) yang di anjurkan secara atas talian pada 24 April 2021 hingga 1 May 2021.
Seperti kita sedia tahu, kehadiran wabak pandemik COVID-19 banyak mengubah normal kehidupan dan kematian, tinggal sama ada anda sedar atau tak je…
Normal pengakapan pun juga berubah, tambahan pula kerajaan Malaysia memecahkan-mecahkan had tertentu dengan SOP (Standard Operating Procedure) berbeza-beza untuk setiap jenis “lockdown” seperti PKP, PKPB, PKPD dan PKPP. Ada juga negeri yang melaksanakan sekatan sosial tersendiri. Ada yang sampai sekarang pun keliru apa beza setiap satu tu..
Berbalik pada perubahan normal berpengakap yang saya sebut tadi, Alhamdulillah pihak Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) telah mengambil initiatif dan menyambut baik perubahan ini dengan melaksanakan pelbagai aktiviti secara alam maya (online).
Ini juga membuka peluang untuk ahli pengakap yang tidak bekerja dalam sektor pendidikan. Ini kerana banyak aktiviti pengakap sebelum ini dijalan kan mengikut kelapangan masa atau mengikut perancangan PPD setempat, maklum sahaja ramai pemimpin pengakap adalah cikgu-cikgu. Penganjuran aktiviti atas talian ni mencipta ruang dan peluang buat mereka yang bekerja secara swasta atau kerajaan yang bukan sektor pendidikan untuk turut serta.
Al-maklum, tuan-puan tidak perlu mohon cuti untuk persiapan, semuanya dihujung jari. Sebelum ini saya pernah cuba untuk menyertai aktiviti pengakap laut seperti Kem Pendidikan Marin Pengakap Laut dan Kursus Skipper Basic tapi sayangnya saya sibuk dengan pekerjaan, cuti tidak lulus dan faktor lain-lain.
Oleh itu, saya menyeru semua ahli pengakap untuk memenuhi slot aktiviti pengakap secara atas talian. Walaupun feel nya kurang sebab tiada eyeball namun kelebihan majlis ilmu tidak berkurang walau sedikit pun.
Apa itu kursus pra-skipper basic?
Kursus Pra-Skipper BASIC adalah kursus peringkat pertama untuk seseorang Pemimpin Pengakap Laut. Kursus ini merangkumi elemen teoretikal seperti sejarah, kaedah pengurusan kumpulan, skim latihan untuk semua unit dan perjalanan latihan Pemimpin Pengakap Laut.
Kursus ini diadakan pertama kalinya pada tahun 2021 setelah mengambil kira situasi pandemik COVID-19 dan kepentingan pengasingan elemen teori dan praktikal untuk Kursus Skipper BASIC.
Pendaftaran
Saya menerima maklumat aktiviti ini pada 14 April 2021 dan saya terus segera daftar. Terima kasih buat skipper Azfanizam (Unit Kelana D Pontian Johor, UKDP) atas maklumat aktiviti ini dalam group whatsapp pengakap laut Pontian. Bagus dia ni, good job!
Sejujurnya saya tidak pasti pendaftaran bermula bila. Saya nak highlightkan, banyak aktiviti pengakap dimaklumkan melalui surat ke sekolah atau di postkan di laman Facebook rasmi PPM. So, orang yang bekerja swasta dan tak aktif di Facebook atau missed update di Facebook akan ketinggalan bas… sorry rant sikit. hehe~
Kadar yuran cuma RM 15.00 dan transakti pembayaran dibuat ke akaun bernama “Persekutuan Pengakap Malaysia” (Maybank), ini maknya nya bayar direct kepada PPM. Lepas siap bayar, jangan lupa screenshot dan simpan untuk rujukan. Gambar screenshot tadi dikongsikan kepada skipper Mohd Hilmi untuk rekod.
Jadual perjalanan aktiviti
Nak jadikan cerita kursus ini berjalan pada bulan puasa, jadi ia mungkin sedikit mencabar buat peserta dan trainer. Seluruh aktiviti dijalankan secara atas talian menggunakan e-training.my dan video call melalui platform Zoom.
Perjalanan kursus terbahagi kepada 3 iaitu sesi pengenalan dan ceramah; pembelajaran kendiri dan kuiz; dan sidang terbuka dan majlis penutup.
Selain platform Zoom yang saya maklumkan tadi, peserta dan trainer juga dikumpulkan dalam satu group Whatsapp untuk memudahkan sesi soal jawab dan membolehkan kami berkenalan sesama sendiri. Alhamdulilah dapat ramai kenalan. Semua mesra-alam dan aktif dalam dunia pelautan dan pengakap.
Sesi pengenalan dan ceramah
Hari pertama kursus, semua ahli pengakap di minta untuk beruniform lengkap atau paling kurang pun memakai skaf pengakap dan berpakaian sopan. Lihat lah gambar di atas, bergaya betul mereka dengan uniform pengakap laut masing-masing.
Pada waktu ini, peserta akan mengikuti kesemua sembilan topik / sesi yanng telah disediakan oleh Pasukan Latihan Negara PPM. Saya ingin memuji nota-nota yang disediakan kerena ianya sangat berkualiti dan padat.
Walaupun hari pertama sangat padat, Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Rakaman ceramah juga dibuat pada waktu ini dan akan dikongsikan pada akhir kursus dan hanya untuk peserta sahaja .
pembelajaran kendiri dan kuiz
Sesi seterusnya iaitu pembelajaran kendiri dan kuiz berjalan selama 6 hari. Jangan tuan-puan terkejut pula sebab ada sesetengah peserta dah tamat menjawab kuiz sebelum sesi kendiri ini. Hebat betul pengakap laut ni, bergaya dan pantas.
Saya pula mula menjawab kuiz semua pada hari ke-5 dan saya takdelah score 100% sangat sebab saya ingat tak keluar peratusan markah tu seperti kursus yang saya ikuti sebelum ini. Haha~
sidang terbuka dan majlis penutup
Hari berlalu dengan pantas dan kursus pre-skipper basic Mei 2021 telah sampai ke penghujung. Masa sangat mencemburui kita semua.
Kesimpulan
Tahniah di ucapkan pada Pasukan Latihan Negara PPM atas inisiatif yang baik seperti ini. Pengakap memang sinonim dengan aktiviti secara bersemuka tapi disebabkan pandemik, aktiviti secara virtual ini adalah lebih baik untuk kita semua.
Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada semua peserta dan tak lupa juga kepada penganjur iaitu Sekteriat Pengakap Laut Kebangsaan terutamanya Tuan Ismail Ibrahim, Tuan Hilmi dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Akhir kalam daripada saya, sentiasalah ingat undang-undang pengakap terutamanya undang-undang yang ke-10; Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada semua ahli pengakap di dunia. Semoga ia sentiasa jadi ingatan terpenting kepada semua ahli pengakap.
Ahoy! Terima kasih!!
Posted by: Hugo