๐Ÿ“ Proses permohonan callsign gateway radio amatur Malaysia dengan SKMM

๐Ÿ“… | โฐ 3 minutes

Assalamualaikum, sebelum aku mempunyai callsign gateway, aku ada bertanya kepada orang lain yang dah ada atau yang pernah buat permohonan gateway. Aku dapati jawapan yang diberikan berbeza-beza ๐Ÿ˜…

Kebetulan tahun 2025 ni aku memang ada perancangan dan idea untuk setup gateway, so aku dah lalui proses permohonan tersebut. Jadi aku kongsikan bersama-sama supaya mereka yang berminat boleh buat sebagai rujukan.

flowchart TD A[MULA] --> B{Anda ada callsign gateway sendiri atau mohon callsign baru?} B -->|TIADA DAN MOHON CALLSIGN BARU| C[ISI borang RSAD/AAP-F07 secara manual] B -->|ADA DAN BUKAN MOHON CALLSIGN BARU| D[Buat kemaskini di eSpectra] C --> E[Sila lengkapkan dan lampirkan:
1. Muka surat 1, 2 dan 5 sahaja
2. Salinan kad pengenalan
3. Salinan AA kelas A/B] E --> F[Emailkan kepada SKMM] F --> G{SKMM respons untuk
notis pembayaran fi permohonan
AA stesen amatur gateway} G --> |TIDAK| M[Tunggu respons SKMM
dan buat follow-up] G -->|YA| J[Buat pembayaran RM60 di e-payment SKMM] J --> K[Balas email kepada SKMM berserta bukti pembayaran fi permohonan] K --> L{SKMM respons untuk
notis pembayaran fi lesen AA stesen amatur gateway} L --> |TIDAK| N[Tunggu respons SKMM
dan buat follow-up] L --> |YA| O[Buat pembayaran RM13 di e-payment SKMM] O --> P[Balas email kepada SKMM berserta bukti pembayaran fi lesen gateway] P --> Q{SKMM respons untuk
sijil AA gateway} Q --> |TIDAK| R[Tunggu respons SKMM
dan buat follow-up] Q --> |YA| S[Selesai. Sijil AA akan di pos kepada anda dan anda boleh minta salinan PDF sekiranya perlu.] S -->T[TAMAT]

Dah tengok flowchart di atas? Aku akan terangkan sedikit tentang perincian proses tersebut dan apa yang anda perlukan.

Mula-mula sekali ialah niat dan topik. Jangan keliru pula anda nak mohon callsign gateway baru atau kemaskini. Untuk kemaskini atau pembaharuan AA, anda boleh buat melalui eSpectra terus, tak perlu isi borang secara manual. Untuk yang baru nak mohon, anda perlu lengkapkan borang permohonan amatur , cuma lengkapkan maklumat di muka surat 1,2 dan 5 sahaja. Kemudian emailkan borang tersebut berserta salinan kad pengenalan dan salinan AA kelas A atau B yang anda telah ada.

Plus, jangan keliru callsign personal dan gateway. Ianya 2 benda berbeza dan process yang yang berbeza walaupun borang yang sama. Bahkan syarat asas sebelum memohon callsign gateway radio amatur ialah anda perlulah mempunyai AA kelas A atau B terlebih dahulu. Kelas C tak boleh ya dik.

Di bawah adalah template email yang anda boleh gunakan

To: [email protected] 
Subject: PERMOHONAN GATEWAY RADIO AMATUR

Salam 

Seperti yang diperlukan untuk permohonan callsign gateway radio amatur, 
di sini saya lampirkan dokumen-dokumen berikut untuk proses permohonan AA stesen amatur gateway:

1. Borang permohonan amatur (muka surat 1, 2, dan 5 telah dilengkapkan).
2. Salinan kad pengenalan.
3. Salinan AA kelas B.

Semoga dokumen-dokumen ini memenuhi keperluan. Sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau tambahan yang diperlukan, sila maklumkan semula.

Terima kasih atas bantuan dan kerjasama pihak tuan/puan.

Kemudian tunggu arahan serta notis daripada pihak SKMM untuk pembayaran :

  1. Fi permohonan (RM60)
  2. Fi lesen gateway (RM13)

So, pengerasnya lebih kurang RM73 (wow, nice number from SKMM) dan anda janganlah gelojoh nak terus bayar tanpa arahan. Setiap fi tersebut anda masukkan no. pelanggan dan no. notis seperti lampiran email daripada pihak SKMM. So sabar, setiap fi tersebut ada no. pelanggan dan no. notis yang berbeza. Jangan keliru!

Setiap proses fi tersebut saya saran anda buat pembayaran mengikut masa yang di berikan, mean jangan terus buat pembayaran, jarakkan masa anda. Saya perasan, dalam proses saya jarak yang diberikan ialah beberapa jam selepas pihak SKMM balas email. Namun saya buat pembayaran pada esok hari sahaja. Oh ya, butang cetak di epembayaran tu tak function di firefox, entah kenapa.. since 3 tahun lepas lagi. So cara lain ialah anda screenshot sahaja web selepas membuat pembayaran.

Selesai je membuat 2 pembayaran fi tersebut, pihak SKMM akan maklumkan kepada anda yang callsign telah establish dan akan pos lesen AA gateway ke alamat anda.

Saya saran anda mohon salinan PDF juga, sebab laman web SKMM lambat sikit update kemaskini callsign terbaru.

Then selesai, Good luck, 73 de 9W2NSP!

Posted by: Robbi Nespu

Edit

Have some thoughts, discussion or feedback on this post?

๐Ÿ’ฌย Send me an email

What is webmention? How to send interactions!

Below you can find all of webmention with this page. Which means, you also can mentioned this URL on any website that support WebMention. Have you written a response to this post? Let me know the URL:

Do you use a website that don't have WebMention capabilities? You can just use Comment Parade!



EchoFeed Amplify avatar