JOURNAL.ROBBI.MY
← Back to Posts

Santai Eyeball Ham Jerantut (Zello) di Kampung Jeram Landak, Kuala Lipis, Pahang

3 min read

Santai Eyeball Ham Jerantut

Assalamualaikum geng semua! Pernah dengar tentang komuniti HAM-JERANTUT? Bagi yang belum kenal, mereka ialah sekumpulan operator radio amatur dan SWL yang aktif. Walaupun nama mereka membawa istilah “HAM”, sebenarnya sebahagian kecil daripada komuniti ini tidak memiliki callsign, namun majoritinya pula merupakan elmer berpengalaman dalam dunia radio amatur.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, aktiviti di band 2M semakin lesu berbanding dahulu, manakala HF pula agak terhad dan mahal. Justeru, kebanyakan mereka beralih ke platform dalam talian menerusi Zello. Ya, di situlah mereka bertapak sekarang. Meskipun Zello bukan platform khusus radio amatur, segala SOP operasi radio amatur masih dikekalkan dan seumpamanya dengan sedikit kelonggaran.

Apa yang membezakan HAM-JERANTUT ialah pengerusinya, Pak Tam (9M2NDX), yang sentiasa aktif dan “puaka”. Puaka di sini bermaksud beliau agak nakal dan gemar membandingkan kelab rasmi, repeater 2M dan pelbagai cabang radio amatur dengan isu-isu yang selama ini kita pendam; seperti hala tuju kelab, pengurusan tabung, kepimpinan, harga peralatan radio yang melambung tinggi dan sebagainya. Keh..keh..keh

Bagi saya, kritikannya memang pedas, tetapi ada kebenarannya. Anehnya, HAM-JERANTUT berada dalam kedudukan yang saya rasa lebih beruntung, kerana platform Zello lebih mudah diakses dan percuma. Jika dibandingkan dengan TeamSpeak, DMR dan lain-lain, memang kalah la kan?! Kelebihan paling utama ialah pengguna di Zello lebih aktif dan mesra — kemesraan yang bukan sahaja di udara, malah turut terbawa ke daratan (just kadang-kadang tu ada juga tergigit lidah) 😂

Ramai rakan-rakan lain aktif di HAM-JERANTUT dan sesuailah untuk menemani duda, driver lori, pengayuh basikal dan rakan-rakan yang nak berQSO. Ada sahaja taletah dan topik dibualkan secara ilmiah, nakal, merapu dan santai, takdelah serious 24 JAM. So rakan-rakan di dalam ni boleh bawa sembang tak kisahlah anda SWL, 9M, 9W2, 9W3 atau apa apa sahaja (geng Borneo, Indonesia, Thailand dan negara lain pun ada lepak sekali dalam channel Zello).

Ini bukanlah eyeball pertama yang mereka anjurkan; malangnya saya terlepas banyak peluang sebelum ini disebabkan faktor luaran. Jadi, kali ini insyaAllah saya akan turut serta, walaupun sudah tidak aktif ber-QSO di Zello.

Buat sesiapa yang berminat, marilah sertai kami untuk bertemu dan mengeratkan lagi ikatan persaudaraan serta persahabatan sesama kita. Anda boleh menghubungi Tuan Zack (9M2ZZD) seperti tertera pada poster di atas, dan membuat pembayaran sebanyak RM30-50 untuk pendaftaran eyeball.

ButiranMaklumat
Tarikh4–6 September 2026
LokasiKampung Jeram Landak, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur
Mode kediamanSewa homestay atau bawa khemah sendiri

Terima kasih kepada Persatuan Kebajikan Radio Amatur UKHUWAH serta mereka yang terlibat secara belakang tabir untuk menjayakan event eyeball ini.

P/S: Sekiranya anda tidak dapat hadir tetapi tetap berminat untuk menyertai group Zello, silakan membuat carian channel di Zello dengan keyword HAMJERANTUT atau sertai melalui pautan ini atau scan QR kod dibawah. Penyertaan di Zello adalah percuma!

Zello Ham Jerantut

See you… DE 73, 9W2NSP. Bye-bye!

Have some thoughts, discussion or feedback on this post?

▸ What is webmention? How to send interactions!
Below you can find all of webmention with this page. You can also mention this URL on any website that supports WebMention. Have you written a response to this post? Let me know the URL:

Don't have WebMention? Use Comment Parade!

No webmentions yet.

Comments section coming soon. For now, send a webmention or email.